Rawatan untuk penyakit jantung kongenital

Rawatan untuk penyakit jantung kongenital bergantung pada kecacatan khusus yang dialami. Kecacatan jantung yang lebih teruk biasanya memerlukan pembedahan dan pemantauan jangka panjang. Dalam sesetengah kes, ubat boleh digunakan untuk melegakan simptom atau menstabilkan keadaan.

  1. Aortic valve stenosis – rawatan untuk penyakit ini bergantung pada kesempitan injap. Rawatan mungkin diperlukan segera, atau ia boleh ditangguhkan sehingga perkembangan gejala. Jika rawatan diperlukan, prosedur yang dipanggil balloon valvuloplasty selalunya disyorkan pada kanak-kanak. Jika balloon valvuloplasty tidak berkesan atau tidak sesuai, biasanya injap aorta akan digantikan dengan injap yang diperbuat daripada tisu haiwan atau manusia, atau dengan injap pulmonari anda. Pembedahan ini dikenali sebagai prosedur Ross.

  2. Coarctation of the aorta – jika bayi anda yang baru lahir mengalami penyakit ini secara serius, pembedahan untuk memulihkan aliran darah melalui aorta biasanya disyorkan sejurus selepas bayi dilahirkan.

  3. Ebstein’s anomaly– dalam kebanyakan kes, penyakit ini tidak memerlukan rawatan. Namun, sesetengah orang mungkin memerlukan ubat untuk membantu mengawal degupan jantung dan iramanya. Pembedahan untuk membaiki injap trikuspid yang tidak normal biasanya disarankan jika injap bocor. Jika pembedahan tidak berkesan, injap gantian akan diimplan.

  4. Patent ductus arteriosus (PDA) – sesetengah kes PDA boleh dirawat dengan ubat seperti indomethacin dan bentuk khas ibuprofen sejurus selepas kelahiran. Jika PDA tidak ditutup dengan ubat, saluran mungkin ditutup dengan gegelung atau palam menggunakan kateter. Kadangkala saluran mungkin perlu diikat rapat untuk menutupnya dan ini dilakukan melalui pembedahan jantung terbuka.

  5. Pulmonary valve stenosis – penyakit ini tidak memerlukan rawatan melainkan ianya teruk. Rawatan utama penyakit ini ialah valvuloplasty. Namun, jika ini tidak berkesan atau injap tidak sesuai untuk rawatan ini, pembedahan mungkin diperlukan untuk membuka injap (valvotomy) atau menggantikannya dengan injap haiwan atau manusia.

  6. Septal defects – rawatan untuk ventricular dan atrial septal defects bergantung pada saiz lubang. Saiz lubang yang besar boleh ditutup dengan peranti khas yang dimasukkan dengan kateter. Jika lubang terlalu besar atau tidak sesuai untuk peranti, pembedahan mungkin diperlukan untuk menutupnya.

  7. Single ventricle defects – sejurus selepas kelahiran, bayi anda akan diberi suntikan ubat yang dipanggil prostaglandin. Ini akan menggalakkan percampuran darah kaya oksigen dengan darah kurang oksigen. Keadaan itu kemudiannya perlu dirawat dengan prosedur 3 peringkat. Pemindahan jantung mungkin disyorkan untuk sebilangan kecil orang.

  8. Tetralogy of Fallot – penyakit ini dirawat dengan pembedahan di mana lubang di jantung ditutup dan membuka penyempitan dalam injap pulmonari.

  9. Total anomalous pulmonary venous connection (TAPVC) – penyakit ini dirawat dengan pembedahan di mana urat yang kedudukannya tidak normal disambung semula ke kedudukan yang betul di atrium kiri.

  10. Transposition of the great arteries – bayi anda akan diberi suntikan ubat yang dipanggil prostaglandin sejurus selepas kelahiran. Ini akan menghalang laluan antara aorta dan arteri pulmonari (ductus arteriosus) tertutup selepas kelahiran.

  11. Truncus arteriosus – bayi anda mungkin diberi ubat untuk membantu menstabilkan keadaan mereka. Sebaik sahaja bayi anda berada dalam keadaan stabil, pembedahan akan digunakan untuk merawat truncus arteriosus. Ini biasanya dilakukan dalam beberapa minggu selepas kelahiran. Salur darah yang tidak normal akan dibelahkan untuk mencipta 2 saluran darah baru, dan setiap satu akan disambung semula pada kedudukan yang betul.

  12. Senaman – senaman ringan boleh dilakukan untuk meningkatkan kesihatan dan membantu mencegah masalah berkembang di kemudian hari.

Rawatan untuk penyakit jantung kongenital

Rawatan untuk penyakit jantung kongenital

Rawatan untuk penyakit jantung kongenital bergantung pada kecacatan khusus yang…

Punca dan faktor risiko penyakit jantung kongenital

Punca dan faktor risiko penyakit jantung kongenital

Penyakit jantung kongenital berpunca apabila sesuatu mengganggu perkembangan normal jantung.

Kongsi Artikel Ini
Melalui artikel, tip, dan berita, kami meningkatkan kesedaran dan memberikan panduan kepada pesakit, penjaga, dan advokat. Bersama-sama, kita dapat membuat perbezaan dan mempromosikan jantung yang lebih sihat.
Hubungi Kami
Hakcipta © 2023 Jantung.Info, Hak Cipta Terpelihara. Dikuasakan oleh Medads Media.