Rawatan AF

Pilihan rawatan untuk AF termasuk ubat-ubatan, prosedur bukan pembedahan, dan prosedur pembedahan. Ubat-ubatan selalu diberikan oleh doktor untuk mencegah dan merawat bekuan darah yang boleh membawa kepada strok. Ia turut diberikan untuk mengawal kadar degupan dan irama jantung anda. Doktor anda akan menggunakan skala penilaian dipanggil CHA2DS2–VASc untuk menentukan sama ada anda memerlukan ubat. Komponen skala tersebut ialah kegagalan jantung kongestif (congestive heart failure), hipertensi, usia 75 tahun dan ke atas (age), diabetes, strok, penyakit vaskular (vascular), umur 65-74 tahun (age), dan jantina perempuan (sex). Prosedur bukan pembedahan yang boleh dilakukan untuk merawat AF ialah kardioversi elektrik (electrical cardioversion) dan ablasi (ablation).

Untuk kardioversi elektrik, paddles atau patches khas diletakkan pada dada pesakit dan mengeluarkan renjatan elektrik melalui dada ke jantung anda. Renjatan ini akan mengembalikan degupan jantung menjadi normal. Untuk prosedur ablasi pula, tisu jantung yang tidak berfungsi akan dimusnahkan menggunakan kateter untuk merawat kawasan yang bermasalah supaya ia tidak lagi menghantar isyarat yang tidak normal dan mencegah AF daripada berlaku. Prosedur pembedahan yang digunakan untuk merawat AF ialah perentak jantung (pacemaker) dan prosedur open-heart maze.

Perentak jantung ialah peranti elektrik kecil yang dipasang dalam badan dengan wayar ke jantung untuk mengatur degupan jantung. Peranti ini dipasang berdekatan tulang selangka dan menghantar isyarat elektrik untuk mengekalkan irama stabil dalam jantung. Pembedahan open-heart maze ialah prosedur kompleks di mana pakar bedah membuat luka kecil di bahagian atas jantung dan jahitan luka ini membentuk tisu parut. Tisu parut mengganggu penghantaran impuls elektrik yang boleh menyebabkan AF, yang memulihkan degupan jantung normal.

Rawatan untuk penyakit jantung kongenital

Rawatan untuk penyakit jantung kongenital

Rawatan untuk penyakit jantung kongenital bergantung pada kecacatan khusus yang…

Punca dan faktor risiko penyakit jantung kongenital

Punca dan faktor risiko penyakit jantung kongenital

Penyakit jantung kongenital berpunca apabila sesuatu mengganggu perkembangan normal jantung.

Kongsi Artikel Ini
Melalui artikel, tip, dan berita, kami meningkatkan kesedaran dan memberikan panduan kepada pesakit, penjaga, dan advokat. Bersama-sama, kita dapat membuat perbezaan dan mempromosikan jantung yang lebih sihat.
Hubungi Kami
Hakcipta © 2023 Jantung.Info, Hak Cipta Terpelihara. Dikuasakan oleh Medads Media.