Punca dan faktor risiko penyakit jantung kongenital

Penyakit jantung kongenital berpunca apabila sesuatu mengganggu perkembangan normal jantung. Terdapat beberapa faktor risiko yang boleh meningkatkan peluang untuk menghidap penyakit ini iaitu:

  1. Keadaan genetik – genetik yang diwarisi daripada satu atau kedua ibu bapa boleh menyebabkan penyakit jantung kongenital. Antara keadaan genetik yang menyebabkan penyakit ini ialah sindrom Down, sindrom Turner, dan sindrom Noonan.

  2. Maternal diabetes – wanita yang menghidap diabetes berisiko lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan dengan penyakit jantung kongenital. Namun peningkatan risiko ini hanya terpakai kepada diabetes jenis 1 dan 2. Ia tidak terpakai kepada diabetes semasa hamil (gestational diabetes). Peningkatan risiko dianggap berpunca daripada tahap insulin yang tinggi dalam darah yang mengganggu perkembangan janin.

  3. Alkohol – wanita hamil yang minum banyak alkohol boleh memberi kesan toksik pada tisu janin.

  4. Rubella – rubella adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus dan ia boleh menjejaskan bayi yang belum lahir jika ibu mengalami jangkitan rubella semasa 8 hingga 10 minggu pertama kehamilan.

  5. Flu (influenza) – wanita yang mendapat flu semasa trimester pertama kehamilan berisiko lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan penyakit jantung kongenital. Punca ini berlaku tidak dapat dijelaskan.

  6. Ubat-ubatan – terdapat beberapa ubat yang dikaitkan dengan peningkatan risiko bayi dengan penyakit jantung kongenital termasuk ubat anti-sawan tertentu, ubat jerawat tertentu, dan ibuprofen. Sebaik-baiknya anda harus mengelak daripada mengambil sebarang ubat semasa anda hamil, terutamanya semasa trimester pertama kehamilan.

  7. Phenylketonuria (PKU) – keadaan genetik di mana badan tidak boleh memecahkan bahan kimia yang dipanggil phenylalanine yang terkumpul dalam darah dan otak lalu boleh menyebabkan kesukaran pembelajaran dan tingkah laku. Ibu hamil dengan PKU lebih berkemungkinan melahirkan bayi dengan penyakit jantung kongenital.

  8. Pelarut organik – wanita yang terdedah dengan pelarut organik mungkin lebih berkemungkinan melahirkan bayi dengan penyakit jantung kongenital. Contoh pelarut organik ialah bahan kimia yang terdapat dalam cat, pengilat kuku, dan gam.

Rawatan untuk penyakit jantung kongenital

Rawatan untuk penyakit jantung kongenital

Rawatan untuk penyakit jantung kongenital bergantung pada kecacatan khusus yang…

Punca dan faktor risiko penyakit jantung kongenital

Punca dan faktor risiko penyakit jantung kongenital

Penyakit jantung kongenital berpunca apabila sesuatu mengganggu perkembangan normal jantung.

Kongsi Artikel Ini
Melalui artikel, tip, dan berita, kami meningkatkan kesedaran dan memberikan panduan kepada pesakit, penjaga, dan advokat. Bersama-sama, kita dapat membuat perbezaan dan mempromosikan jantung yang lebih sihat.
Hubungi Kami
Hakcipta © 2023 Jantung.Info, Hak Cipta Terpelihara. Dikuasakan oleh Medads Media.