Kegagalan Jantung

Situasi

Bayangkan jantung anda sebagai penari yang lemah gemalai, mengisi hidup anda dengan tenaga. Namun seperti tarian lain, jantung anda mungkin menghadapi cabaran, seperti kegagalan jantung. Usah risau! Dengan kesedaran dan penjagaan, anda boleh memastikan jantung anda terus menari dengan baik.

Sesetengah orang berisiko lebih tinggi untuk mengalami kegagalan jantung. Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, diabetes dan sejarah masalah jantung, adalah penting untuk memberi perhatian tambahan kepada kesihatan jantung.

Berhati-hati dengan sebarang gejala seperti keletihan berpanjangan, sesak nafas atau kadar degupan jantung meningkat. Jika anda mengalami mana-mana gejala ini, jangan teragak-agak untuk menghubungi doktor anda.

Doktor mungkin melakukan ujian, seperti ekokardiografi atau ujian darah, untuk memantau kesihatan jantung anda dan mengesan sebarang tanda awal masalah.

Pencegahan adalah kunci untuk jantung sihat! Jaga jantung anda dengan diet seimbang, kekal aktif dan elakkan merokok.

Dengan membuat pilihan jantung sihat, anda boleh menghargai setiap detik dengan irama indah jantung anda dan pastikan ia menari kuat untuk tahun-tahun mendatang. Sayangi jantung anda dan jalani kehidupan dengan sepenuhnya.

Definisi

Keadaan di mana otot jantung tidak mengepam darah yang cukup untuk memenuhi keperluan badan untuk darah dan oksigen. Secara ringkasnya, jantung tidak dapat meneruskan tugasnya.

Jenis

  1. Kegagalan jantung belah kiri – berlaku apabila bahagian kiri jantung tidak mengepam darah dengan berkesan ke seluruh badan. Terdapat dua jenis kegagalan jantung sebelah kiri; kegagalan sistolik dan kegagalan diastolik
  2. Kegagalan jantung belah kanan – berlaku apabila bahagian kanan jantung tidak mengepam darah dengan berkesan ke paru-paru untuk menerima oksigen
  3. Kegagalan jantung kongestif – istilah “kongestif” merujuk kepada pengumpulan cecair yang berlaku dalam badan akibat ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan bengkak, dikenali sebagai edema, kebanyakannya di kaki dan buku lali. Kadangkala, cacir berkumpul pada paru-paru, membuatkan sukar untuk bernafas, terutamanya semasa baring. Ini dipanggil edema pulmonari, dan jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas.

Peringkat

Digunakan untuk menerangkan keterukan keadaan berdasarkan gejala pesakit dan kebolehan berfungsi

  1. Peringkat A (berisiko untuk kegagalan jantung) – orang yang berisiko untuk kegagalan jantung, namun tanpa penyakit jantung struktur dan gejala
  2. Peringkat B (pra-kegagalan jantung) – orang dengan penyakit jantung struktur namun tanpa gejala kegagalan jantung
  3. Peringkat C (kegagalan jantung bergejala) – orang dengan penyakit jantung struktur dan gejala kegagalan jantung semasa atau masa lalu
  4. Peringkat D (kegagalan jantung lanjutan) – orang dengan kegagalan jantung yang mengalami gejala yang menyukarkan aktviti harian atau menyebabkan lawatan ke hospital secara kerap

Kelas

Diterangkan untuk menerangkan had fungsi pesakit disebabkan gejala kegagalan jantung

  1. Kelas 1 – pesakit tanpa had. Mereka tidak mengalami gejala semasa aktiviti fizikal biasa
  2. Kelas II – pesakit dengan sedikit had. Mereka mungkin mengalami gejala semasa aktivit fizikal sederhana namun bukan dalam keadaan rehat
  3. Kelas III – pesakit dengan had yang ketara. Mereka mengalami gejala dengan aktiviti fizikal minimum namun bukan ketika sedang berehat
  4. Kelas IV – pesakit dengan had yang teruk. Mereka mengalami gejala walaupan dalam keadaan rehat dan sebarang aktiviti fizikal memburukkan keadaan mereka.

Risiko

Kebanyakan orang yang mengalami kegagalan jantung sudah pun mengalami penyakit jantung yang lain sebelum ini. Mempunyai satu atau lebih daripada faktor risiko berikut meningkatkan peluang untuk mendapat kegagalan jantung:

  1. Penyakit arteri koronari – apabila kolesterol dan deposit lemak terkumpul dalam arteri jantung, ia boleh membataskan aliran darah ke otot jantung. Pengumpulan ini dipanggil aterosklerosis dan boleh menyumbang kepada tekanan darah tinggi, yang akhirnya boleh menyebabkan kegagalan jantung
  2. Tekanan darah tinggi – jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan aliran darah apabila tekanan dalam saluran darah terlalu tinggi. Ini boleh menjadikan ruang jantung makin besar dan lemah, membawa kepada kegagalan jantung
  3. Diabetes jenis 2 – orang denagn diabetes kerap mengalami tekanan darah tinggi dan aterosklerosis akibat paras lipid dalam darah meningkat. Ini boleh menyumbang kepada kegagalan jantung
  4. Sindrom metabolik – jika anda mempunyai tiga atau lebih faktor risiko berikut: garis pinggang besar, trigliserida puasa tinggi, kolesterol HDL tinggi, tekanan darah tinggi, dan gula puasa tinggi, anda mungkin mempunyai sindrom metabolik
  5. Masalah tiroid hiperaktif – keadaan ini boleh menyebabkan kadar degupan jantung tinggi dan membuatkan otot jantung menebal dari semasa ke semasa
  6. Penuaan – orang berusia lebih 65 berkemungkinan mengalami kegagalan jantung
  7. Faktor risiko tambahan termasuk merokok, berat badan berlebihan atau obesiti, penyalahgunaan alkohol atau dadah, dan jenis radiasi dan kemoterapi tertentu

Punca

  1. Serangan jantung lepas (myocardial infarction) – serangan jantung berlaku apabila saluran darah yang membekalkan otot jantung tersumbat, mengakibatkan kerosakan ke tisu jantung. Kerosakan ini melemahkan keupayaan jantung untuk mengepam darah
  2. Injap jantung tidak normal – boleh disebabkan oleh penyakit, jangkitan atau kecacatan kelahiran. Apabila injap tidak buka atau tutup dengan betul, jantung bekerja keras untuk memastikan darah mengalir, membawa kepada kegagalan jantung
  3. Penyakit atau jangkitan otot jantung –  sebarang kerosakan kepada otot jantung, sama ada dari jangkitan, alkohol, dadah, atau sebab yang tidak diketahui, meningkatkan risiko kegagalan jantung
  4. Kecacatan jantung kongenital – jika jantung dan ruangnya tidak berkembang dengan betul, bahagian jantung yang sihat perlu bekerja, lantas membawa kepada kegagalan jantung

 

Penyebab lain yang kurang biasa adalah:

  1. Kiraan sel darah merah rendah (anaemia teruk) – jantung cuba untuk mengganti dengan berdegup lebih cepat apabila sel darah merah tidak mencukupi untuk membawa oksigen. Usaha tambahan ini boleh menegangkan jantung
  2. Kelenjar tiroid terlalu aktif (hipertiroidisme) – keadaan ini mempercepatkan proses badan, mambuatkan jantung bekerja lebih keras untuk bersaing dengan permintaan tinggi
  3. Irama jantung tidak sekata (aritmia) – apabila jantung berdegup tidak sekata, ia mungkin tidak mengepam darah yang cukup untuk memenuhi keperluan badan

Tanda dan gejala

  1. Sesak nafas (dyspnea)
  2. Batuk yang berterusan
  3. Pengumpulan cecair berlebihan dalam tisu badan (edema)
  4. Kepenatan, keletihan
  5. Kurang selera makan, loya
  6. Kekeliruan, fikiran terjajas
  7. Kadar degupan jantung meningkat
  8. Perubahan berat badan

Diagnosis

  1. Pemeriksaan fizikal
  2. Ujian darah
  3. X-ray dada
  4. Elektrokardiogram (ECG atau EKG)
  5. Ekokardiografi (echo)
  6. Ujian tekanan senaman
  7. Radionuclide ventriculography atau multiple-gated acquisition scanning (MUGA)
  8. Kateterisasi jantung
  9. Pengimejan resonans magnetik (MRI)

Rawatan

  1. Perubahan gaya hidup – perubahan termasuk memantau berat badan, berhenti merokok, aktif secara fizikal, rehat yang mencukupi, menguruskan tekanan, mengelak alkohol, makan untuk jantung sihat, memantau tekanan darah
  2. Pemulihan jantung – program seliaan yang membantu pesakit meningkatkan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial, dan juga menurunkan risiko salit jantung atau masalah jantung
  3. Ubat-ubatan
  4. Perantiimplantable cardioverter defibrillator (ICD), cardiac resynchronization therapy (CRT), left ventricular assist device (LVAD)
  5. Prosedur pembedahan – pemindahan jantung, angioplasti, pintasam koronari arteri, penggantian injap.
Rawatan untuk penyakit jantung kongenital

Rawatan untuk penyakit jantung kongenital

Rawatan untuk penyakit jantung kongenital bergantung pada kecacatan khusus yang…

Punca dan faktor risiko penyakit jantung kongenital

Punca dan faktor risiko penyakit jantung kongenital

Penyakit jantung kongenital berpunca apabila sesuatu mengganggu perkembangan normal jantung.

Kongsi Artikel Ini

Kami percaya bahawa bersama-sama, kita dapat membuat perbezaan dalam kehidupan mereka yang terkesan oleh penyakit jantung.

Saluran Advokasi
Pautan Pantas