Jenis penyakit jantung kongenital
Terdapat beberapa jenis penyakit jantung kongenital iaitu:
- Aortic Valve Stenosis (AVS) – injap jantung tidak dibuka dan ditutup dengan betul dan mungkin juga mengeluarkan darah.
- Atrial Septal Defect (ASD) – lubang pada dinding (septum) antara dua ruang atas jantung (atria). Kecacatan ini menyebabkan darah yang kaya dengan oksigen bocor ke dalam ruang darah yang kurang oksigen di dalam jantung.
- Coarctation of the Aorta (CoA) – penyempitan aorta yang membawa darah ke badan dan menjejaskan aliran darah.
- Complete Atrioventricular Canal defect (CAVC) – lubang besar di tengah jantung yang menjejaskan keempat-empat ruang di mana ia sepatutnya dibahagikan. Ini menyababkan darah bercampur dan ruang dan injap tidak menyalurkan darah dengan betul.
- d-Transposition of the great arteries – dua arteri utama yang membawa darah keluar dari jantung diterbalikkan. Apabila ini berlaku, laluan darah terjejas kerana kedua-dua arteri bersambung ke ruang yang salah dalam jantung.
- Ebstein’s Anomaly – injap jantung yang mengalami kecacatan jantung yang tidak tertutup dengan betul untuk memastikan aliran darah bergerak ke arah yang betul.
- I-Transposition of the great arteries – ruang bawah kanan dan kiri jantung terbalik menyebabkan keterbalikan dalam corak aliran darah normal.
- Patent Ductus Arteriosis (PDA) – lubang yang tidak tertutup di aorta. Sebelum bayi dilahirkan, darah janin tidak perlu pergi ke paru-paru untuk mendapat oksigen. Ductus arteriosis adalah lubang yang membolehkan darah melangkau peredaran ke paru-paru. Bagaimanapun, apabila bayi dilahirkan, darah mesti menerima oksigen dalam paru-paru dan lubang ini sepatutnya tertutup. Jika ductus arteriosis masih terbuka (atau paten), darah mungkin melangkau pergerakan peredaran yang diperlukan ini. Lubang yang terbuka ini dipanggil PDA.
- Pulmonary valve stenosis – injap pulmonari jantung yang menebal atau bercantum yang tidak terbuka sepenuhnya.
- Single Ventricle Defects – kecacatan yang jarang berlaku yang menjejaskan satu ruang bawah jantung. Ruang tersebut mungkin lebih kecil, kurang berkembang, atau tiada injap.
- Tetralogy of Fallot – kecacatan jantung yang menampilkan empat masalah iaitu lubang di antara ruang bawah jantung, halangan dari jantung ke paru-paru, aorta terletak di atas lubang di ruang bawah, dan otot yang mengelilingi ruang bawah sebelah kanan menjadi terlalu tebal.
- Total Anomalous Pulmonary Venous Connection (TAPVC) – kecacatan pada urat yang membawa dari paru-paru ke jantung.
- Truncus Arteriosus – kewujudan satu arteri besar dan bukannya dua arteri yang berasingan untuk membawa darah ke paru-paru dan badan.
- Ventricular Septal Defect (VSD) – lubang pada dinding yang memisahkan dua ruang bawah jantung.
Rawatan untuk penyakit jantung kongenital
Rawatan untuk penyakit jantung kongenital bergantung pada kecacatan khusus yang…
Punca dan faktor risiko penyakit jantung kongenital
Penyakit jantung kongenital berpunca apabila sesuatu mengganggu perkembangan normal jantung.
Kongsi Artikel Ini
Melalui artikel, tip, dan berita, kami meningkatkan kesedaran dan memberikan panduan kepada pesakit, penjaga, dan advokat. Bersama-sama, kita dapat membuat perbezaan dan mempromosikan jantung yang lebih sihat.
Pautan Pantas
Hubungi Kami
- [email protected]
- 03 5512 1613
Hakcipta © 2023 Jantung.Info, Hak Cipta Terpelihara. Dikuasakan oleh Medads Media.