Faktor risiko penyakit arteri koronari
Terdapat banyak faktor yang meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit arteri koronari iaitu:
- Usia – berumur lebih daripada 45 tahun untuk lelaki dan lebih daripada 55 tahun untuk wanita.
- Mempunyai ahli keluarga dengan sejarah penyakit jantung.
- Makan banyak lemak tepu atau karbohidrat yang ditapis (refined carbohydrates).
- Kurang bersenam.
- Tidak mendapat tidur yang cukup.
- Merokok, menghisap vape atau bahan tembakau yang lain.
- Mempunyai aterosklerosis.
- Tekanan darah tinggi.
- Paras kolesterol LDL (jahat) tinggi.
- Paras kolesterol HDL (baik) rendah.
- Tinggi trigliserida.
- Anemia.
- Penyakit autoimun seperti lupus dan rheumatoid arthritis.
- Penyakit buang pinggang kronik.
- Diabetes.
- HIV/AIDS.
- Sindrom metabolik.
- BMI lebih daripada 25.
- Gangguan tidur seperti sleep apnea.
- Menopaus awal (sebelum 40 tahun).
- Endometriosis.
- Mempunyai sejarah gestational diabetes, eclampsia atau preeclampsia.
- Menggunakan pil perancang kehamilan.
Rawatan untuk penyakit jantung kongenital
Rawatan untuk penyakit jantung kongenital bergantung pada kecacatan khusus yang…
Punca dan faktor risiko penyakit jantung kongenital
Penyakit jantung kongenital berpunca apabila sesuatu mengganggu perkembangan normal jantung.
Kongsi Artikel Ini
Melalui artikel, tip, dan berita, kami meningkatkan kesedaran dan memberikan panduan kepada pesakit, penjaga, dan advokat. Bersama-sama, kita dapat membuat perbezaan dan mempromosikan jantung yang lebih sihat.
Pautan Pantas
Hubungi Kami
- [email protected]
- 03 5512 1613
Hakcipta © 2023 Jantung.Info, Hak Cipta Terpelihara. Dikuasakan oleh Medads Media.