Diagnosis kegagalan jantung

Terdapat beberapa ujian yang dilakukan untuk mengenal pasti jika anda mengalami kegagalan jantung

  1. Pemeriksaan fizikal – doktor akan berbincang tentang sejarah perubatan, senarai ubat-ubatan, dan sebarang gejala yang anda alami. Tekanan darah, degupan jantung, pernafasan dan bengkak pada kaki, buku lali dan abdomen anda juga akan diperiksa.
  2. Ujian darah – sampel darah akan dihantar ke makmal untuk diuji. Jika keputusan menunjukkan ketidaknormalan, ia mungkin menunjukkan bahawa jantung atau organ lain, seperti buah pinggang dan hati, mengalami tekanan yang tinggi, biasanya akibat daripada kegagalan jantung. Ujian-ujian ini memainkan peranan penting dalam pengesanan awal dan pengurusan keadaan ini.
  3. X-ray dada – langkah pertama dalam mengenal pasti masalah jantung. Ia menunjukkan imej jantung dan paru-paru anda, serta jika ada sesuatu selain daripada masalah jantung yang menyebabkan gejala anda.
  4. Elektrokardiogram (EKG/ECG) – merakam irama jantung anda. Ujian ECG mengenal pasti jika anda pernah mengalami serangan jantung, dinding otot jantung bahagian kiri mengalami penebalan, dan irama jantung mengalami ketidaknormalan.
  5. Ekokardiografi (echo) – menggunakan gelombang bunyi untuk memeriksa struktur jantung anda. Ujian echo memberi maklumat tentang ketebalan otot jantung, anatomi jantung, kemampuan jantung untuk mengepam darah (ejection fraction – EF), serta keadaan dan fungsi injap jantung anda.
  6. Ujian tekanan senaman (stress test) – mengukur sejauh mana jantung anda berfungsi semasa anda aktif. Ujian ini menunujukkan bagaimana jantung anda bertidak balas terhadap senaman.
  7. Kateterisasi kardiak – menilai aliran darah yang melalui arteri jantung. Ia membantu mengenal pasti jika terdapat arteri yang tersumbat dan bahagian jantung yang mempunyai arteri tersumbat/sempit menjadi lemah serta tahap oksigen dan tekanan darah dalam ruang jantung dan arteri pulmonari anda.
  8. Magnetic resonance imaging (MRI) – ujian ini mencipta gambaran terperinci struktur dalam jantung dan sekelilingnya menggunakan medan magnet.
Rawatan untuk penyakit jantung kongenital

Rawatan untuk penyakit jantung kongenital

Rawatan untuk penyakit jantung kongenital bergantung pada kecacatan khusus yang…

Punca dan faktor risiko penyakit jantung kongenital

Punca dan faktor risiko penyakit jantung kongenital

Penyakit jantung kongenital berpunca apabila sesuatu mengganggu perkembangan normal jantung.

Kongsi Artikel Ini
Melalui artikel, tip, dan berita, kami meningkatkan kesedaran dan memberikan panduan kepada pesakit, penjaga, dan advokat. Bersama-sama, kita dapat membuat perbezaan dan mempromosikan jantung yang lebih sihat.
Hubungi Kami
Hakcipta © 2023 Jantung.Info, Hak Cipta Terpelihara. Dikuasakan oleh Medads Media.