Deruman jantung

Memahami Deruman Jantung: Innocent (Tidak Merbahaya) dan Abnormal

Pernah terfikir macam mana bunyi jantung dari dalam? Ia seperti simfoni tenang darah yang mengalir melalui pintu dan laluan yang dipanggil ruang dan injap. Kadang kala, muzik ini boleh mencipta deruman, dan inilah perkara yang and aperlu tahu mengenainya.

Deruman Jantung Tidak Merbahaya dalam Kanak-kanak

Bayangkan deruman jantung seperti lagu rahsia darah. Deruman tidak merbahaya adalah seperti cara jantung untuk bersenandung semasa ia bekerja. Ia memang normal, terutama pada kanak-kanak. Deruman ini tidak berbahaya dan dan sering muncul dan hilang. Ia turut boleh menukar lagunya apabila jantung teruja atau takut. Namun jangan risau, mereka bukan masalah.

Bila Anda Perlu Semak?

Jika doktor mendengar jantung anak anda dan mendengar deruman, usah panik. Mereka mungkin mengesyorkan beberapa ujian, seperti ECG atau ekokardiogram (echo), untuk memastikan semuanya adalah seperti yang sepatutnya.

Hidup Aktif dan Gembira

Bahagian terbaik? Deruman tidak merbahaya tidak memerlukan sebarang rawatan istimewa. Anak anda masih boleh berlari, melompat dan bermain seperti sebelumnya. Tidak perlu mengehadkan keseronokan mereka atau mengubah makanan mereka. Deruman tidak merbahaya tidak menjejaskan kesihatan mereka atau menghalang mereka daripada menjalani kehidupan terbaik mereka.

Membesar dan Deruman

Apabila kanak-kanak membesar kepada dewasa, kebanyakan deruman memutuskan untuk berehat dan hilang. Namun bagi sesetengah orang dewasa, deruman kekal, seperti kawan lama dari zaman kanak-kanak.

Jenis Deruman Lain

Tidak semua deruman itu sama. Sesetangah boleh memberi isyarat untuk perkara lain. Sebagai contoh, jika injap jantung tidak berfungsi dengan baik, ia boleh mencipta apa yang dipanggil deruman “abnormal”. Ini selalunya disebabkan oleh perkara seperti demam, kehamilan atau masalah dengan kelenjar tiroid.

Bunyi Deruman yang Pelbagai

Deruman datang dalam rentak yang berbeza. Apabila jantung berehat, ia seperti deruman diastolik lembut. Apabila jantung menguncup, ia dipanggil deruman sistolik. Dan seperti muzik, mereka mempunyai gred sari 1 hingga 6, dengan 1 adalah bisikan lemah dan 6 adalah sekuat jeritan.

Ingat, Bunyi Jantung Adalah Unik

Jantung setiap orang mempunyai irama dan lagu tersendiri. Jadi, jika doktor anda mendengar deruman, mereka hanya memastikan lagu jantung anda dalam harmoni. Ianya seperti memeriksa jika semuanya baik dengan orkestra badan.

Rawatan untuk penyakit jantung kongenital

Rawatan untuk penyakit jantung kongenital

Rawatan untuk penyakit jantung kongenital bergantung pada kecacatan khusus yang…

Punca dan faktor risiko penyakit jantung kongenital

Punca dan faktor risiko penyakit jantung kongenital

Penyakit jantung kongenital berpunca apabila sesuatu mengganggu perkembangan normal jantung.

Kongsi Artikel Ini
Melalui artikel, tip, dan berita, kami meningkatkan kesedaran dan memberikan panduan kepada pesakit, penjaga, dan advokat. Bersama-sama, kita dapat membuat perbezaan dan mempromosikan jantung yang lebih sihat.
Hubungi Kami
Hakcipta © 2023 Jantung.Info, Hak Cipta Terpelihara. Dikuasakan oleh Medads Media.