Bagaimana aritmia dirawat
Aritmia dirawat melalui beberapa cara iaitu:
- Ubat-ubatan – beberapa ubat yang biasa ditetapkan utnuk merawat aritmia adalah ubat antiaritmia, penyekat saluran kalsium, penyekat beta dan antikoagulan. Ubat ini membantu menambah baik gejala
- Ablasi kateter – prosedur yang menggunakan tenaga radiofrekuensi untuk memusnahkan kawasan kecil tisu jantung yang menyebabkan degupan jantung kencamg dan tidak teratur. Dengan memusnahkan tisu ini, ia membantu jantung kembali ke irama normal. Biasa digunakan untuk merawat SVT
- Kardioversi – kardioversi elektrik adalah prosedur di mana kejutan tenaga yang pantas dan rendah diberikan kepada jantung untuk mengembalikan irama normal. Kardioversi farmakologik menggunakan ubat-ubatan untuk memulihkan degupan jantung biasa
- Implantable cardioverter defibrillator (ICD) – peranti yang dapat mencegah kematian mengejut pad orang yang berisiko tinggi untuk degupan jantung tidak teratur, seperti takikardia ventrikel dan fibrilasi ventrikel
- Perentak jantung – peranti yang digunakan untuk membantu jantung berdegup decara teratur
- Perakam peristiwa jantung – peranti kecil dan mudah alih yang dipakai atau dibawa untuk merakam aktiviti elektrik jantung semasa melakukan aktiviti biasa
Rawatan untuk penyakit jantung kongenital
Rawatan untuk penyakit jantung kongenital bergantung pada kecacatan khusus yang…
Punca dan faktor risiko penyakit jantung kongenital
Penyakit jantung kongenital berpunca apabila sesuatu mengganggu perkembangan normal jantung.
Kongsi Artikel Ini
Melalui artikel, tip, dan berita, kami meningkatkan kesedaran dan memberikan panduan kepada pesakit, penjaga, dan advokat. Bersama-sama, kita dapat membuat perbezaan dan mempromosikan jantung yang lebih sihat.
Pautan Pantas
Hubungi Kami
- [email protected]
- 03 5512 1613
Hakcipta © 2023 Jantung.Info, Hak Cipta Terpelihara. Dikuasakan oleh Medads Media.