Apakah itu ejection fraction (EF)
EF adalah seperti kad laporan bagi jantung anda. Ia mengukur kemampuan jantung untuk mengepam darah dengan mengira peratusan darah yang dikeluarkan oleh ventrikel kiri jantung setiap kali ia berdenyut.
Sebagai contoh, EF sebanyak 60% bermaksud 60% daripada jumlah keseluruhan darah dalam ventrikel kiri dikeluarkan setiap kali berlaku degupan jantung. EF jantung yang normal adalah antara 55-70%. EF antara 41-49% tidak semestinya bermakna kegagalan jantung, tetapi ia boleh menjadi petunjuk kerosakan sebelum ini. EF di bawah 40% menandakan kegagalan jantung atau kardiomiopati.
Terdapat dua jenis EF iaitu preserved EF (HFpEF) dan reduced EF (HFrEF). Untuk preserved EF, otot jantung berkontraksi dengan baik, tetapi ventrikel tidak relaks seperti yang sepatutnya semasa jantung mengisi semula dengan darah. Reduced EF pula berlaku apabila otot jantug tidak dapat berkontraksi dengan baik, menyebabkan darah yang rendah oksigen dipam keluar.
EF boleh diukur dengan beberapa ujian seperti ekokardiogram, imbasan MUGA, imbasan CT, kateterisasi kardiak, dan ujian tekanan nuklear.
Rawatan untuk penyakit jantung kongenital
Rawatan untuk penyakit jantung kongenital bergantung pada kecacatan khusus yang…
Punca dan faktor risiko penyakit jantung kongenital
Penyakit jantung kongenital berpunca apabila sesuatu mengganggu perkembangan normal jantung.
Pautan Pantas
Hubungi Kami
- [email protected]
- 03 5512 1613