Aneurisme Aorta

Apakah ia?

Aneurisme aorta ialah pembengkakan atau pembesaran pada dinding aorta, arteri utama yang membawa darah kaya oksigen dari jantung ke seluruh badan. Kawasan yang lemah boleh berkembang secara beransur-ansur dari semasa ke semasa, dan jika tidak dirawat, ia mungkin menyebabkan dinding arteri pecah.

Punca

Punca sebenar aneurisme aorta tidak selalu jelas, namun kawasan yang lemah pada dinding arteri adalah faktor utama. Sesetangah orang dilahirkan dalam keadaan ini. Sejarah keluarga dengan aneurisme aorta, penyakit aorta seperti aterosklerosis atau trauma aorta atau kecederaan juga boleh mencetuskan pembentukan aneurisme.

Aneurisme boleh terjadi pada pelbagai arteri, tetapi yang paling biasa adalah:

  1. Aneurisme aorta – terbentuk dalam arteri utama yang membawa darah dari jantung ke badan
  2. Aneurisme serebrum – terbentuk dalam arteri otak
  3. Aneursime popliteal artery – terbentuk dalam arteri yang terletak di belakang lutut
  4. Aneurisme mesenteric artery – terbentuk dalam arteri yang bertanggungjawab untuk membekalkan darah ke usus
  5. Aneurisme splenic artery – terbentuk dalam arteri yang bersambung dengan limpa

Gejala

Aneurisme aorta kebiasaannya tidak menunjukkan gejala sehingga ia membesar atau pecah. Sesetengah gejala yang perlu diperhatikan termasuk sakit kepala, sakit pada abdomen atau belakang, bengkak pada abdomen yang berdenyut, warna biru pada bahagian bawah kaki, pening, perubahan penglihatan, kekeliruan, keletihan, serak, kesukaran menelan, bunyi bernafas yang tinggi, bengkak pada leher, loya, dan muntah.

Pencegahan

  1. Gaya hidup sihat – kekalkan diet seimbang, kerap bersenam dan elakkan merokok
  2. Pemeriksaan berkala – pemeriksaan kesihatan berkala boleh mengesan faktor risiko awal
  3. Menguruskan keadaan kesihatan – mengawal tekanan darah, kolesterol dan diabetes

Rawatan

Pendekatan rawatan bergantung kepada saiz, lokasi dan risiko pecah aneurisme:

  1. Pemantauan – untuk aneurisme kecil, pemantauan kerap dan perubahan gaya hidup mungkin mencukupi
  2. Ubat-ubatan – kawalan tekanan darah dan pengurusan kolesterol boleh membantu mengurangkan risiko
  3. Pembedahan – untuk aneurisme besar, pembedahan mungkin diperlukan untuk membaiki atau menggantikan bahagian aorta yang rosak

Jenis aneurisme

  1. Abdominal aortic aneurysm (AAA) – aneurisme jenis ini berlaku apabila aorta yang membekalkan darah ke abdomen, pelvis dan kaki menjadi lemah atau membesar. Lelaki berusia dengan faktor risiko seperti emfisema, sejarah keluarga, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, merokok, dan mungkin obesiti paling berisiko. AAA yang pecah adalah kecemasan yang berbahaya, denan kira-kira 20% pesakit terselamat. Dapatkan bantuan perubatan segera jika anda atau orang lain mengalami sakit perut atau belakang yang teruk dan berterusan.
  2. Aneurisme serebrum – berlaku apabila saluran darah dalam otak lemah dan membesar. Tiga jenis aneurisme tersebut ialah berry (saccular), fusiform dan mycotic. Aneurisme berry adalah yang paling biasa dan dikaitkan dengan sejarah keluarga. Keadaan seperti aterosklerosis, trauma atau jangkitan boleh melemahkan dinding saluran darah dan membawa kepada aneurisme serebrum. Mereka mungkin tidak menunjukkan gejala.
  3. Aneurisme thoracic aortic – berlaku dalam aorta yang melalui dada ke diafragma. Biasanya disebabkan oleh aterosklerosis dan faktor risiko termasuk penuaan, keadaan genetik seperti sindrom Marfan, keradangan, trauma dada, dan jangkitan tertentu. Selalunya, tiada gejala dirasai sehingga aneurisme bocor atau membesar.
Rawatan untuk penyakit jantung kongenital

Rawatan untuk penyakit jantung kongenital

Rawatan untuk penyakit jantung kongenital bergantung pada kecacatan khusus yang…

Punca dan faktor risiko penyakit jantung kongenital

Punca dan faktor risiko penyakit jantung kongenital

Penyakit jantung kongenital berpunca apabila sesuatu mengganggu perkembangan normal jantung.

Kongsi Artikel Ini

Kami percaya bahawa bersama-sama, kita dapat membuat perbezaan dalam kehidupan mereka yang terkesan oleh penyakit jantung.

Saluran Advokasi
Pautan Pantas